상세 컨텐츠

본문 제목

Tujuan Program Khidmat Negara

카테고리 없음

by certauknowaf1977 2020. 3. 18. 22:30

본문

Sejarah moden ATMbermula dengan pengambilan 25 orang pemuda Melayu sebagai skuad percubaan Rejimen Askar Melayu pada 1 Mac 1933. Rejimen ini terusberkembang menjadi satu batalion penuh yang dikenali sebagai Batalion PertamaRejimen Askar Melayu pada. 1 Januari 1938. Batalion keduaditubuhkan pada 1 Disember 1941 iaitu enam hari sebelum Perang Dunia Kedua bermula di Malaya. Kedua - dua batalionini telah menunjukkan kebolehan mereka dalam peperangan menentang tenteraJepun. Selepas perang, negara dilanda pula oleh ancaman Komunis dan keadaan Darurat telah diisytiharkan pada tahun 1948.Keadaan ini memerlukan pembesaran angkatan tentera.

Tujuan Program Khidmat Negara Di

Menjelang tahun 1950kekuatan Rejimen Askar Melayu telah ditambah menjadi tujuh batalion. Pada zamanDarurat juga, angkatan tentera telah melihat penubuhan pasukan berbilang bangsaiaitu Rejimen Persekutuan dan Skuadron Kereta PerisaiPersekutuan pada tahun 1952. Setelah negaramencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Tentera Darat Malaysia telah berkembang maju dan lengkap untuk menjalankan operasi melawaninsurgensi.

2018Tujuan Program Khidmat Negara

Pada masa ini pasukan Tentera Darat sedang pesat dipermodenkansebagai satu pasukan tentera konvensional yang mampu untuk menghadapi cabaranmasa depan. Tentera Laut DirajaMalaysia bermula dari Pasukan Simpanan SukarelaTentera Laut Negeri-negeri Selat (SSNVR) pada 27 April 1934 di Singapura. Pasukan ini diperbesarkanpada tahun 1938 dengan penubuhan cawangan Pulau Pinang dan ditukarkan namakepada Pasukan Sukarela TenteraLaut Diraja Malaya. Menjelang PerangDunia Kedua, seksyen Melayu dalam Royal Navytelah ditubuhkan dan kekuatan pasukan ini mencapai jumlah 1430 anggotapada tahun 1941. Selepas kejatuhan Singapura pada tahun 1942, seramai 150 oranganggota Tentera Laut Malaya telah berundur ke Ceylon, India dan Afrika Timur.Anggota -anggota ini kembali ke Malaya apabila perang tamat. Malangnyadisebabkan kekurangan kewangan selepas perang, Tentera Laut Malaya telahdibubarkan pada bulan April 1947.

Apabila Darurat tercetus pada tahun 1948, Tentera Laut Malayatelah dihidupkan semula dan diwartakan pada 4 Mac 1949. Tentera Laut Malayadianugerahkan gelaran Diraja oleh baginda Queen Elizabeth II pada tahun 1952. Tentera Laut DirajaMalaya yang selama ini menjadi sebahagiandaripada Royal Navy telah dipindahkan dari Singapura ke Persekutuan TanahMelayu pada 12 Julai 1958. Serentak dengan ini, panji-panji Royal Navy telahditukarkan dengan panji-panji Persekutuan, Tentera Laut Diraja Malaya. Selepaspenubuhan Malaysia pada tahun 1963 ia dikenali sebagai Tentera Laut DirajaMalaysia. Titik mula Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ialah dengan penubuhan Pasukan Sukarela TenteraUdara Negeri-negeri Selat (SSVAF) oleh Britishpada tahun 1936. Pasukan ini ditukar nama kepada Pasukan Simpanan TenteraUdara Malaya pada tahun 1940tetapi telah dibubarkan selepas Perang Dunia Kedua.

Pada tahun 1950 pasukan initelah dihidupkan semula sebagai Royal Air Force Malaya(RAF Malaya). TenteraUdara Malaya menjadi kenyataan pada tahun 1958 apabila pesawat Twin Pioneer pertamamendarat di pangkalan RAF Kuala Lumpur. Tentera Udara Diraja Malaya ditubuhkan dengan rasminya pada 2Jun 1958. AngkatanTentera Malaysia mengalami evolusi yang berterusan daripada sekadar pasukantambahan di dalam Tentera British kepada pasukan menentang insurgensiseterusnya dibentuk menjadi sebuah angkatan konvensional. Pun begitu, pemodenanATM pula kadangkala dihadang oleh faktor ekonomi dan faktor sumbermanusia. Krisis kewangan yang melanda telah menyebabkan beberapa program masihbelum melepasi fasa cadangan.

Modul Plkn Singapura

Antaranya perolehan kumpulan kedua frigat TLDM,skuadron kedua pesawat tempur pelbagai fungsi TUDM, pesawat amaran awal dan rondaanmaritim dan juga helikopter utiliti tambahan. Krisis tenaga manusia pulawalaupun belum kritikal, mempunyai kesan yang besar di dalam unit-unittertentu, terutama yang memerlukan anggota yang memiliki latar belakangpendidikan yang tinggi. Kekecewaan ini pernah disuarakan oleh bekas PanglimaTentera Laut, Laksamana Tan Sri Ilyas Din, berikutan kesukaran mendapatkananggota yang menepati kriteria bagi mengikuti kursus latihan kapalselam.Tambahan pula kerjaya tentera dilihat kurang popular berbanding profesyenlain bagi golongan muda yang berpelajaran. Kekurangan minat dikalangan generasimuda terutamanya dari kaum bukan Melayu menyebabkan ATMmengalami sedikit kesukaran merekrut anggota, barangkali didorong kesedaranyang kurang di pihak orang awam dan pemimpin politik terhadap kepentingan ATM.Beberapa kontroversi di dalam perolehan ATM seperti kapal selam Scorpene,pesawat Sukhoi Su-30 MKM dan yang terbaru, helikopter Eurocopter tidakmembantu memberikan persepsi yang baik kepada umum. ATMjuga tidak mempunyai kelebihan yang ketara berbanding kelengkapan tenteranegara-negara jiran terutama Singapura. Walaupun ketika ini, ATM menerimaperolehan kelengkapan senjata baru yang agak canggih seperti dan pesawat, namun dalam tempohtiga hingga lima tahun, kelebihan ini dijangka akan dapat diatasi olehIndonesia dan Thailand. Disebabkan kelembapan ekonomi, beberapa programpembangunan ATM turut menerima kesan, sama ada ditangguhkan atau tidakdiketahui statusnya.

Sebagai contoh, kumpulan kedua kapal-kapal ini diberitakan akanditeruskan, pada penghujung tahun 2010 kerajaan telah menyerahkan surat hasratkepada syarikat BNS untuk membina kumpulan kedua kapal peronda yang lebihberupaya dan dikenali sebagai SGPV-LCS. Begitu juga perolehan kapalfrigat kumpulan kedua. Dipihak TUDM pula perolehan skuadron pesawat tempur pelbagai fungsi, dan di pihakTDM perolehan kenderaan perisai baru, masih belum dapat dipastikan tahappembangunannya. Pada masa yang sama tentera negara jiran dilaporkan, melaluiprogram pembangunan yang proaktif, akan memperolehi aset tempur moden sepertipesawat tempur, kapal perang permukaan dan kapal selam. Semenjakpenubuhannya, Angkatan Tentera Malaysia telah diaturgerak dalam berbagai-bagaikonflik dan pertempuran. Bermula dengan, ATMseterusnya berkhidmat ketika bagi menghapuskanancaman komunis. Darurat berakhir pada 1960 manakala insurgensi komunis tamatpada 1989.

Objektif Program Khidmat Negara

Pembentukan Malaysia pada 1963 mendapat tentangan Indonesia danmencetuskan.Konfrontasi berlarutan sehingga 1966 apabila digulingkan.Bermula pada 1960 juga ATM telah mula menyertai misi-misi pengaman.Sehingga kini ATM telah menyertai tidak kurang dari 15 misi antarabangsa dibawah panji-panji PBB. Suruhanjaya perkhidmatan awam malaysia telah ditubuhkan pada 31 ogos 1957, iaitu bersamaan dengan hari pengisytiharan kemerdekaan tanah melayu pada masa itu. Situasi awalnya, semasa penjajahan inggeris, perkhidmatan awam negeri - negeri tanah melayu bersekutu itu ditadbir di bawah pentadbiran inggeris. Kemerdekaan tanah melayu pada 31 ogos 1957 dengan sendirinya membentuk pemerintahan baru persekutuan tanah melayu yang merdeka dan berdaulat secara rasminya, Suruhanjaya perkhidmatan awam telah dibentuk sebagaimana yang termaktub dalam bab perkara perkara 144 (1) perlembagaan persekutuan.